Khamis, 13 Disember 2012

AMALI IZHAR HALQI

          Salam sejahtera buat pembaca blog yang masih setia menanti sambungan pengisian tajwid kali ini. Insya Allah kita akan teruskan perbincangan ini dengan mendekati izhar halqi menfokuskan tentang cara mengenal tanda izhar halqi di dalam Al-Quran Resm Uthmani yang digunapakai hari ini dan cara membacanya.


TANDA IZHAR HALQI DI DALAM QURAN RESM UTHMANI
                Ada beberapa cara untuk kita mengenal izhar halqi yang terdapat di dalam Mushaf Resm Uthmani. Ini dapat dilihat pada tanda yang terdapat pada nun mati dan tanwin
1.       Nun mati
a.       Pada Nun sakinah terdapat tanda sukun berbentuk kho tanpa titik di atas hukum nun. Ia akan dibaca dengan hukum izhar halqi. Sedangkan nun mati tanpa sebarang tanda akan menunjukkan kepada hukum selainnya.Contohnya:

PENGENALAN IZHAR HALQI



                Salam keberkatan buat semua pembaca blog ini. Mari kita teruskan perbincangan kita mengenai izhar halqi. 

MAKNA IZHAR HALQI
            Izhar dari segi bahasa bermaksud terang atau nyata. Dari istilah ilmu tajwid, ia bermaksud mengeluarkan tiap-tiap huruf dari tempat keluarnya tanpa dengung dan saktah. Ini bermakna, apabila nun mati dan tanwin bertemu dengan huruf-huruf izhar, hendaklah diizharkan atau dijelaskan bunyi nun mati atau tanwinnya tanpa wujud sebarang dengung.
           Oleh kerana semua huruf-huruf tersebut tempat keluarnya daripada halkum, maka hukum izhar ini dinamakan dengan nama Izhar Halqi.Tambahan pula, kedudukan makhraj di rongga kerongkong (halkum) yang terletak paling jauh dengan kedudukan makhraj huruf nun (yang dimaksudkan di sini - nun mati dan tanwin), maka diwajibkan izhar ke atas huruf-huruf ini.


PENGENALAN HUKUM NUN MATI DAN TANWIN



Assalamualaikum para pembaca yang budiman. Ayuh kita teruskan pengisian ilmu tajwid kita dengan mengenali lebih lanjut tentang hukum nun mati dan tanwin yang akan membawa kita kepada hukum izhar halqi nanti.


PENGERTIAN NUN MATI


              Nun mati atau dikenali dengan nun sukun dan nun sakinah ialah salah satu daripada huruf-huruf Hijaiyyah. Ia tidak menerima baris, wujud pada bacaan dan tulisan samada ketika menyambung bacaan (wasal) atau memberhentikan bacaan (waqaf). Nun mati berada pada kata nama (isim), kata perbuatan (fi’il) dan pada huruf samada di pertengahan atau di hujung sesuatu kalimah.

MUQADDIMAH ILMU TAJWID




Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh wa maghfiratuhu wa ridwanul hasanah. Salam buat semua pembaca blog. Ilmu Tajwid adalah ilmu yang sangat berkait rapat dengan Al-Quran dari aspek teknik pembacaan yang betul dan tepat sehingga mendatangkan pahala berlipat kali ganda kepada pembaca Al-Quran itu sendiri. Selain itu, ilmu tajwid merupakan semulia-mulia ilmu kerana ia berkaitan dengan kalam Allah S.W.T. yang merupakan semulia-mulia kalam yang diturunkan kepada semulia-mulia manusia iaitu Rasulullah S.A.W. Ayuh kita sama-sama lihat apa itu ilmu tajwid sebenarnya.

APA ITU TAJWID?

Ahad, 9 Disember 2012

AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM



Selamat sejahtera ke atas kalian pembaca blog ini. Semoga rahmat dan keberkatan Allah bersama kalian. Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ke blog yang serba kekurangan ini. Semoga ia akan dapat menjadi wadah untuk kita berkongsi ilmu berkaitan hukum tajwid Al-Quran secara khususnya hukum Izhar Halqi. Skop perbincangan ini akan menjurus kepada riwayat Imam Hafs yang diguna pakai di Malaysia. 

Sebarang penambahan, teguran dan peringatan amatlah dialu-alukan dengan hati yang lapang dan tangan yang terbuka. Semoga kita beroleh taufiq dan hidayah Ar-Rahman dalam perkongsian ilmu ini. Insya Allah,  biiznihi. Terima kasih dan selamat beramal. Sebagai halwa telinga, marilah kita menghayati bacaan Surah Al-Fatihah dari Syeikh Fahd Al-Kanderi. Salam.


بسم الله الرحمن الرحيم 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته