Salam
keberkatan buat semua pembaca blog ini. Mari kita teruskan perbincangan kita
mengenai izhar halqi.
MAKNA IZHAR HALQI
Izhar
dari segi bahasa bermaksud terang atau nyata. Dari istilah ilmu
tajwid, ia bermaksud mengeluarkan tiap-tiap huruf dari tempat keluarnya
tanpa dengung dan saktah. Ini bermakna, apabila nun mati dan tanwin bertemu
dengan huruf-huruf izhar, hendaklah diizharkan atau dijelaskan bunyi nun mati
atau tanwinnya tanpa wujud sebarang dengung.
Oleh
kerana semua huruf-huruf tersebut tempat keluarnya daripada halkum, maka hukum
izhar ini dinamakan dengan nama Izhar Halqi.Tambahan pula, kedudukan makhraj di rongga kerongkong (halkum) yang terletak paling jauh dengan kedudukan makhraj huruf nun (yang dimaksudkan di sini - nun mati dan tanwin), maka diwajibkan izhar ke atas huruf-huruf ini.


