Khamis, 13 Disember 2012

AMALI IZHAR HALQI

          Salam sejahtera buat pembaca blog yang masih setia menanti sambungan pengisian tajwid kali ini. Insya Allah kita akan teruskan perbincangan ini dengan mendekati izhar halqi menfokuskan tentang cara mengenal tanda izhar halqi di dalam Al-Quran Resm Uthmani yang digunapakai hari ini dan cara membacanya.


TANDA IZHAR HALQI DI DALAM QURAN RESM UTHMANI
                Ada beberapa cara untuk kita mengenal izhar halqi yang terdapat di dalam Mushaf Resm Uthmani. Ini dapat dilihat pada tanda yang terdapat pada nun mati dan tanwin
1.       Nun mati
a.       Pada Nun sakinah terdapat tanda sukun berbentuk kho tanpa titik di atas hukum nun. Ia akan dibaca dengan hukum izhar halqi. Sedangkan nun mati tanpa sebarang tanda akan menunjukkan kepada hukum selainnya.Contohnya:

  

2.       Tanwin
a.       Bagi tanda baris di atas dan di bawah, kedua-dua baris berkedudukan sama dan selari antara satu sama lain (  ٍ  - ً  ). Dan ini menunjukkan bahawa tanwin tersebut membawa hukum izhar halqi.
b.      Bagi baris hadapan pula, baris dua hadapan yang diterbalikkan tanda keduanya seolah nombor 69 menunjukkan hukum izhar halqi  (   ٌ  ). Contohnya:



CARA BACAAN IZHAR HALQI
                Sebagaimana dinyatakan, apabila nun mati bertemu dengan huruf-huruf izhar halqi yang enam, hendaklah diizharkan atau dijelaskan bunyi nun mati dan tanwinnya. Caranya adalah dengan menyebut nun mati dan tanwin tersebut dengan sebutan yang jelas dan sempurna tanpa dimasukkan sebarang dengung. Kemudian menyebut huruf izhar selepasnya juga dengan jelas dan sempurna tanpa memasukkan sebarang bentuk saktah atau sebutan yang terhenti. Atau dalam bahasa yang lebih mudah ialah menyebut kedua-dua huruf nun mati (atau tanwin) dan huruf izhar selepasnya dengan jelas dan lancar tanpa berhenti.
                Huruf nun mati atau tanwin yang bertemu dengan huruf-huruf izhar halqi boleh berlaku samada dalam satu atau dua kalimah sebagaimana yang terdapat di dalam contoh di bawah.




Sekian dahulu untuk kali ini. Moga mendapat manfaat bersama. Salam perkongsian.




Sumber rujukan:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan