Khamis, 13 Disember 2012

PENGENALAN HUKUM NUN MATI DAN TANWIN



Assalamualaikum para pembaca yang budiman. Ayuh kita teruskan pengisian ilmu tajwid kita dengan mengenali lebih lanjut tentang hukum nun mati dan tanwin yang akan membawa kita kepada hukum izhar halqi nanti.


PENGERTIAN NUN MATI


              Nun mati atau dikenali dengan nun sukun dan nun sakinah ialah salah satu daripada huruf-huruf Hijaiyyah. Ia tidak menerima baris, wujud pada bacaan dan tulisan samada ketika menyambung bacaan (wasal) atau memberhentikan bacaan (waqaf). Nun mati berada pada kata nama (isim), kata perbuatan (fi’il) dan pada huruf samada di pertengahan atau di hujung sesuatu kalimah.

                Tanda yang terdapat pada huruf yang sukun ini ada tiga iaitu tanda kepala kho  خ tanpa titik yang akan menerbitkan hukum izhar (fokus perbincangan kita), tanda bulat ْ dan tanda bujur meninggi. Contohnya seperti من – عن – ينحتون 

PENGERTIAN TANWIN
                Tanwin pula ialah nun mati tambahan yang hanya terletak di penghujung kata nama. Ia wujud pada bacaan dan ketika menyambungkan bacaan (wasal), tetapi tiada pada tulisan dan ketika memberhentikan bacaan (waqaf). Tanda bagi tanwin di dalam Resm Uthmani adalah tanda dua baris di atas, bawah dan hadapan    ٌ ٍ  ً    .Contohnya seperti  سميعٌ عليمٌ - عليماً حكيماً - بقوةٍ

HUKUM-HUKUM DI BAWAH NUN MATI DAN TANWIN
                Apabila nun mati dan tanwin bertemu dengan huruf-huruf hijaiyyah yang 28, samada yang berlaku di dalam satu atau dua kalimah, maka terjadilah empat hukum bacaan iaitu; izhar, idgham, iqlab dan ikhfa’. 




Hukum izhar terbahagi pula kepada dua iaitu izhar hakiki (juga dikenali sebagai izhar halqi) dan izhar mutlaq. Insya Allah kita akan pergi lebih mendalam kepada izhar halqi dalam coretan yang seterusnya. Sehingga bertemu lagi, Assalamualaikum.




Sumber rujukan:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan