Khamis, 13 Disember 2012

MUQADDIMAH ILMU TAJWID




Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh wa maghfiratuhu wa ridwanul hasanah. Salam buat semua pembaca blog. Ilmu Tajwid adalah ilmu yang sangat berkait rapat dengan Al-Quran dari aspek teknik pembacaan yang betul dan tepat sehingga mendatangkan pahala berlipat kali ganda kepada pembaca Al-Quran itu sendiri. Selain itu, ilmu tajwid merupakan semulia-mulia ilmu kerana ia berkaitan dengan kalam Allah S.W.T. yang merupakan semulia-mulia kalam yang diturunkan kepada semulia-mulia manusia iaitu Rasulullah S.A.W. Ayuh kita sama-sama lihat apa itu ilmu tajwid sebenarnya.

APA ITU TAJWID?
            Tajwid dari segi bahasa adalah kata terbitan yang berasal dari perkataan arab جوّد menjadi تجويدا  yang bermaksud memperelokkan dan memperhaluskan sesuatu.
               Dari sudut istilah, terdapat berbagai-bagai pendapat ulama’ mengenai pengertiannya. Antara pendapat tersebut ialah:
a)      Mengeluarkan setiap huruf Al-Quran dari tempat keluarnya (makhrajnya) yang betul dan menunaikan setiap hak huruf tersebut samada haknya yang asli atau pun yang mendatang.
b)      Suatu ilmu membahaskan mengenai cara membaca kalimah-kalimah Al-Quran Al-Karim serta menyebut dengan sebaik-baiknya berpandukan cara bacaan dan sebutan Rasulullah S.A.W. berpandukan hukum-hukum yang tertentu yang digariskan oleh ulama tajwid.

HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWID
                Para Ulama bersepakat menyatakan bahawa hukum mempelajarinya ialah Fardhu Kifayah, manakala hukum beramal dengannya adalah Fardhu ‘Ain ke atas orang Islam yang mukallaf dan berdosa sesiapa yang membaca Al-Quran tanpa memelihara hukum tajwid.

                 Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Muzammil ayat 4  {وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا}yang bermaksud “Dan bacalah Al-Quran dengan tartil”. Saidina Ali Abi Talib r.a. ketika ditanya mengenai makna tartil, beliau menjawab : mentajwidkan hukum dan mengetahui wakaf.
                Rasulullah S.A.W. juga ada bersabda
عن زيد بن ثابت رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الله يحب أن يقرأ القرآن غضا كما أنزل.
Yang bermaksud : Daripada Zaid bin Thabit r.a. telah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Sesungguhnya Allah S.W.T. menyukai hambanya membaca Al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan.

HUKUM-HUKUM DALAM ILMU TAJWID
                Ilmu tajwid adalah satu cabang ilmu yang luas secara khusus mengenai setiap 28 huruf hijaiyyah di dalam Al-Quran. Hukum-hukum di dalam ilmu tajwid disandarkan kepada hak asli dan hak mendatang huruf tersebut. Hukum yang berkaitan dengan hak asli adalah seperti  hukum makhraj huruf, hukum sifat huruf dan lain-lain.



 Manakala hukum berkaitan hak yang mendatang antara lain seperti dengung, panjang  telah disusun oleh ulama’ tajwid di dalam hukum nun mati dan tanwin, hukum mim mati, hukum mad dan sebagainya (sekadar menyebut beberapa hukum).



 

  

 


                 Hukum yang menjadi fokus perbincangan di dalam blog ini ialah hukum nun mati dan tanwin yang diperincikan lagi kepada hukum izhar halqi sahaja insya Allah. Bertemu lagi di dalam coretan pena yang seterusnya, teruskan membaca. Wassalam.


Sumber rujukan:

4 ulasan:

  1. Mohon save gamabr susunan tajwid di atas... syukran jazilla

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum wr wb ya akhi, ana mohon save gambar tajwid juga. :) jazaakumullaah kheiral jazaa.

    BalasPadam
  3. Assalam tuan.sya sdg mncari buku tajwid al-quran riwayat hafs karangan dr abd ghani b abd rahman.dah merata kedai cari takde jual.bole tuan bgtau kt mna tuan beli buku tersebut

    BalasPadam